Kenapa kita perlu amalkan minum air masak??
Air masak ni of course air yg tak sedap or x manis unt ditelan..Tetapi air ni la saya rasa air yg paling puas unt diminum! Dulu saya pun seorang yg tak suka minum air masak ni kecuali time makan la..Tp since dh kahwin & en husband byk encourage (pakse? hehehe sikit2 la) so saya gagahkan la diri byk minum air masak ni..& ternyata saya agak jarang sakit (demam la) Sejak amalkan minum air masak ni..Yes mula2 mmg susah sgt nak telan..macam nak telan ketui batu kot..hehe terutamanya minum awal2 pagi (sebelum gosok gigi tu)..sebab kita dari dulu tak amalkan..so bila kene pakse minum..ehhehe muke kerekot2 jugak la..hehe Tp lame2 dh jadi kebiasaan & jadi tak boleh nak tiggal lak minum air masak everytime bangun tido. Terima kasih ea en husband :)
Ada banyak kelebihan air masak ni rupenya,,So jom kita shortlist apa bagusnya kalau kita amalkan minum air masak ni:
- Kulit jadi CANTIK!
Heheh ni mesti ramai yg suke kn? Sape yg tak nak cantik kan! So jom kita sama2 amalkan minum air masak..Jika kita kekurangan air masak dalam badan ia boleh menyebabkan badan kita menghadapi masalah untuk mnyerap air dan menyebabkan kulit kita kering & berkedut. So those yg nak awet muda sila lah minum air masak byk2 ye..(ni nasihat unt diri sendiri jgak ni..hehe)
2. Melancarkan sistem Pencernaan
Minum air yg cukup (8 gelas sehari) akan membantu melancarkan sistem pencernaan dalam badan kita. So air masak ni akan menghindarkan kita daripada sembelit & juga pembakaran kalori juga dapat berjalan dengan lebih lancar.
3. Mengubati penyakit Strok
Air masak ni bukan sahaj baik unt kulit tapi terbukti membantu mengubati pelbagai jenis penyakit antaranya strok. Air masak dapat membantu memperkuat otot2 dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah & sistem pernafasan,
4. Meningkatkan tahap kesuburan
Air masak dapat menghasilkan hormon testosteron pada golongan lelaki & hormon estrogen pada perempuan. Bagi yang sedang merancang mahukan anak atau menambah bilangan anak sila minum air masak dengan banyak ye...heheh
Bila Waktu yang PALING sesuai nak minum air masak?
- 2 gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR . Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
- Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan .
- Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI . Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah .
- Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR . Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.
Banyak lagi kelebihan air masak ni unt badan kita. Sama-sama la kita menjadikan amalan minum air masak ni sebagai budaya & amalan harian kita ye..terima kasih!
1 comment:
Bagus minum air masak. Follow sini #17 - http://akuyangpostkauyangpanas.blogspot.com/
Post a Comment