WeeklyFixPay

02 September 2015

Resepi Hati Ayam Masak Hitam Berempah


Entry kali ni nak share resepi hati ayam masak hitam berempah pulak la..
Terajin nak menulis lak resepi ni..hehe

Saya ni tak la pandai nak masak2 tp boleh la takat campak2 je..hehe yg penting menjadi..rase pon best! Jom try ok. 

Bahan2
1/2 kilo hati ayam (kalau suka pedal ke limpa ke pon boleh tambah)
3 ulas bawang putih
 4 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
10 tangkai cili kering (kalau nak pedas tambah la ye..ikot selera masing2)
biji ketumbar (agak2 dalam 2 sudu teh)
jintan manis (pon agak2 2 sudu teh)
2 sudu besar serbuk kari (serbuk kari daging boleh ikan pon boleh)
kicap 
air asam jawa
garam
gula

Ni untuk sapa2 yg xtau jintan manis & ketumbar ni macam mana rupe ye..hehe al maklum lah..jiwa muda mudi mcm saya ni kadang2 xtau rempah2 ni..hehe

Yg ni Jintan Manis

Ni biji ketumbar


Persiapan Bahan-Bahan

1) Rebus hati tersebut sehingga masak
2) Tumbuk bawang putih & bawang merah & bawang besar (kalau malas masuk blender je ye..Hehe)
3) Kisar cili kering
4) Tumbuk sedikit biji ketumbar & jintan manis

Cara-Cara

1) Panas minyak
2) Tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar biji ketumbar & jintan manis yg telah ditumbuk tadi sehingga kekuningan & bau wangi
3) Masukkan cili kering yg telah dikisar & serbuk kari sehingga naik minyak (bau wangi & kering)
4) Masukkan air asam jawa, kicap, garam & gula (Agak2 la ye rasanye..)
5) Masukkan hati ayam tersebut
6) Kacau sehingga rata & tutup api

Ni la hasilnya!













2 comments:

Syahidah Fadilah said...

wahh nmpak sedap.. tp kurang suka hati ayam, hee :D

Amanda Suria said...

Alahaiiiii...ini fav akak ni....sedap..kalau dapat limpa lembu lagi akak suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign