Sebenarnya
Proton Iriz lebih menarik dan lebih banyak ciri-ciri idaman saya bagi sesebuah
kereta, kapasiti enjin pun lebih besar (1300 cc) dari Axia dan ciri keselamatan
yang tinggi tetapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli Perodua Axia.
Saya tidak akan membandingkan antara Iriz dan Axia, kerana kedua-dua kereta ini
bukanlah dalam kelas yang sama. Akan tetapi saya akan menerangkan
sebab-sebabnya kenapa saya memilih Axia.
a. Harga
Yang Mampu Milik
Kenapa
harga?..pastinya mampu milik bagi saya yang berpendapatan sederhana.
Bayaran
sebulan Axia hanya RM276.00 dengan bayaran muka RM 4 500 selama 9 tahun. Harga pada
peringkat ini tidak membebankan untuk saya dan ini menyebabkan saya masih
mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Saya masih mengekalkan kadar perbelanjaan
runcit barangan lain yang sama setelah saya membeli kenderaan ini. Ini
bermaksud saya tidak perlu menghadkan perbelanjaan lain semata-mata untuk
membayar bulanan kereta ini. Saya suka melihat faktor harga dan kegunaan bagi
setiap pembelian. Untuk faktor keselesaan, kelajuan dan kemegahan bukan lah
faktor utama dalam pembelian kereta ini.
b. Rekabentuk
Yang Menarik
Rekabentuknya
agak menarik dan moden. Rekabentuk badan luar kalau kita lihat lebih kurang
sama macam Perodua Alza, cuma pilihan warna agak kurang. Jika mahu pilihan
warna yang banyak perlulah membeli varian yang lebih tinggi seperti Perodua
Axia Model SE. Ini adalah taktik pemasaran yang biasa digunakan oleh syarikat.
Hiasan dalaman hanya pada peringkat asas akan tetapi jika kita duduk di dalam
Axia ini ianya agak selesa pada bahagian dalam (ini perlu diingat bahawa saya
memandu Perodua Kancil sebelum pembelian Axia ini). Jadi keselesaannya lebih
baik dari Perodua kancil dan Viva. Pendek kata rekabentuk luarnya sedap mata memandang,
manakala bahagian dalamnya selesa!
c. Kapasiti
Enjin Yang Sesuai Dengan Diri
Saya
sebenarnya bukanlah seseorang yang berjiwa kelajuan. Mudah kata saya suka
memandu kereta mengikut had yang dibenarkan (80-90km/jam average). Jadi dengan
kapasiti enjin 1 000cc adalah sangat sesuai dengan cara pemanduan saya. Lagipun
rumah kedua ibu bapa saya dan keluarga mertua saya berdekatan dengan rumah
saya. Tak perlu laju sangat (biar lambat asal selamat).
d. Peyelenggaraan
Yang Mudah dan Murah
Tahukah
anda enjin AXIA hanya diselenggara setiap 10 000 km ataupun 6 bulan sekali?
hehehe tak perlu setiap 5 000 km perlu diselenggara. Ini bermaksud dalam
setahun minima penyelenggaraan ialah 2 kali sahaja!! Jimat kan? Dan berdasarkan
pengalaman menggunakan Perodua Kancil dan Kelisa, saya boleh katakan penggunaan
kereta kapasiti enjin kecil dari Perodua sememangnya tidak pening kepala dengan
penyelenggaraan yang mahal dan masalah kerosakkan yang timbul mengejut. Ianya
tahan lasak dan mudah diselenggara.
e. Penjimatan
Minyak
Ini
faktor yang banyak mempengaruhi saya dalam pembelian kereta ini. Pada zaman
yang mana harga barang makanan sentiasa naik dan tidak akan turun lagi, sudah
pastilah saya tidak mahu menghabiskan duit gaji dengan bayaran bulanan yang
tinggi dan ditambah lagi dengan kos minyak petrol. Tidak lagi mengira kos untuk
memperbaharui cukai jalan dan insuran. Macam kata pakar pengurusan kewangan
harga kereta bukan semata-mata bayar bulanan sahaja. Ianya perlu ditambah
dengan kos petrol, peyelengaraan, cukai, insuran dan lain-lain.
Walaupun ketika artikel ini ditulis harga minyak petrol menjunam jatuh, akan tetapi saya sudahpun memilih sebuah kereta yang jaguh dalam penjimatan minyak. Pernah
memakai Perodua Kancil dan Kelisa, dan apabila model Axia ini diumumkan, saya
berhajat untuk memiliki kereta baru yang memudahkan semua urusan dunia saya.
Saya tidak berhajat untuk pembelian kereta terpakai kerana banyak wang
diperlukan untuk membaik pulih kereta terpakai tersebut. Jadi, kereta baru (tak perlu fikir tentang kos
repair sekurang-kurangnya 5 tahun), harga
mampu milik dan kereta yang
khabarnya jimat penggunaan minyak, apa lagi yang saya perlukan?
Ini antara gambar kereta Axia Model G
1 comment:
Saya pun memilih Axia!!
Post a Comment