18 September 2015

Syarat Bagi Seorang Penderma Darah

Assalamualaikum..

Memandangkan dah hampir 2 tahun saya tak derma darah dek kerana mengandung pastu menyusu anak..akhirnya minggu lepas saya berkesempatan jugak la untuk derma darah..Takut? Hehehe harus ada la sebab dah lama tak pergi derma..Last cucuk pun masa keguguran aritu..Mule2 je neves semacam pastu ok la.

sorry la beserabut sikit gambonye..heheh tutup mne yg patot..

Kebanyakan tabung darah di hospital2 di Negara kita berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan darah yang kritikal. Amat digalakkan kepada semua untuk membantu menderma darah bagi meningkatkan bekalan darah & membantu pesakit2 yang amat memerlukan. Selain dapat tolong org kita jugak dapat banyak kelebihan lain.Tapi kali ni saya taknak cerita mengenai kelebihan derma darah tapi lebih kepada syarat2 jika nak menderma darah.
Bukan semua orang sesuai untuk derma darahnye..dulu mase mule2 berjinak derma darah ni fikir semua orang boleh derma rupenye tak..Meh baca syarat yg mesti ada pada individu tu unt menderma darah:
  1. Berumur 18 - 60 tahun
  2. Berat badan 45 dan keatas
  3. Haemoglobin antara 12.5gm% minimum
  4. Derma darah terakhir sekurang2 nya 90 hari sebelum ini
  5. Sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa dulu
  6. Telah makan & cukup tidur
Wanita tidak dibenarkan menderma jika:
  1. Hamil
  2. Mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil / menyusui dalam 1 tahun terakhir
  3. Mengalami mentruasi berat atau kram mentruasi
Anda TIDAK BOLEH menderma jika anda mempunyai keadaan ini ..

  • Sejuk / demam dalam 1 minggu terakhir.
  • Di bawah rawatan dengan antibiotik atau ubat lain.
  • Masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetes (pada terapi insulin), sejarah kanser, buah pinggang kronik atau penyakit hati, pendarahan kecenderungan, penyakit kelamin dll.
  • Pembedahan utama pada 6 bulan terakhir.
  • Vaksinasi dalam masa 24 jam terakhir.
  • Mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam terakhir.
  • Mengalami serangan pengsan semasa derma terakhir.
  • Telah secara teratur menerima rawatan dengan produk-produk darah.
  • Berkongsi jarum untuk menyuntikkan dadah / memiliki sejarah ketagihan dadah. 
  • Mempunyai hubungan seksual dengan rakan kongsi yang berbeza atau dengan individu berisiko tinggi .
  • Telah diuji positif untuk antibodi terhadap HIV .
  • Mempunyai tatoo, semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit menusuk dalam 6 bulan terakhir.


Ini buku merah saya..

Jom sama2 kita membantu orang yang lebih memerlukan & menjadikan ia budaya dalam kehidupan kita.

















9 comments:

Nabila Syifa said...

untunglah ..kita tak bleh derma darah sebab sumer syarat atas tu tak dipenuhi

Farah Waheda Wahid said...

terima kasih di atas perkongsian ini....

Ajim AM said...

woah. xpernah derma lagi sebab underweight. HAHAHA btw point no 6 tu tak paham -___-

Izzati Suhaide said...

heheh..tak layak nk derma darah

Ain Rahman said...

bagusnya. tahniah, dah menderma darah :)

fifie feyca said...

terbaik!!

Eintan Nurfuzie said...

dah lama cik en tak menderma darah...
Salam kenal dari blog uzu, kisah emas putih
Jom singgah blog : Nurfuzie.com

Azney Shamsuddin said...

pernah derma darah dulu hihi

azney singgah dari segmen BW UZU

http://www.azneyshamsuddin.com/

Mia Liana said...

tak pernah derma darah... tak berani... huhuhu

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^)

Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html

- Mia Liana -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign