21 September 2015

8 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Lampu Pendaflour

Assalamualaikum..

Memandangkan sekarang tengah rajin nak repair lampu2 rumah yg kebanyakkannya dah meletup, nak share sikit la antara perkara yang ramai antara kita yang tak tahu mengenai Lampu Pendaflour ni..

Terdapat 3 jenis lampu yg digunakan kini:

  1. Lampu Filamen


2. Lampu Pendaflour (Kalimantang)



3. Lampu LED




Kebanyakkan rumah kita kini menggunakan lampu pendaflour (kalimantang) yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Lampu kalimantang sangat popular di rumah kerana harganya yang murah, cahaya yang dihasilkan putih dan cerah, senang dipasang dan mudah didapati bekalan di pasaran.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan berkenaan dengan lampu ini yang ramai antara kita tidak tahu. Berikut adalah beberapa kelemahan lampu pendaflour:
1.  Mengandungi  Raksa (Mercuri)
Jika tiub lampu pecah, sedikit kandungan raksa boleh mencemar persekitaran sekeliling. Lebih kurang 99% raksa terdapat pada lapisan fosfor, terutamanya pada lampu yang hampir tamat jangka hayatnya.  Seperti mana yang kita tahu raksa boleh memberikan kesan kepada kesihatan kita terutamanya kanak-kanak dan ibu mengandung
2.  Memberikan sinaran ultra ungu (walaupun dalam dos yang kecil)
Lampu pendarfluor menghasilkan sedikit cahaya ultraungu (UV). Satu kajian tahun 1993 di AS menunjukkan bahawa pendedahan kepada UV setelah duduk di bawah cahaya lampu pendarfluor selama lapan jam adalah bersamaan dengan berjemur selama hanya seminit di bawah cahaya matahari. Orang yang sangat sensitif mungkin akan mengalami masalah kesihatan berkaitan kepekaan cahaya yang disebabkan oleh pencahayaan buatan. Cahaya UV boleh memberi kesan terhadap catan sensitif, terutamanya pewarna air serta kebanyakan tekstil. Karya seni berharga mesti dilindungi daripada cahaya melalui satu lapisan kaca tambahan atau helaian akrilik telus antara lampu dan hasil catan.
3.  Kekerapan membuka dan menutup suis lampu akan menyebabkan jangka hayat yang pendek
Jika lampu dipasang di kawasan di mana ia kerap dihidupkan dan dimatikan, ia tidak akan tahan lama. Dalam keadaan yang terlampau, jangka hayatnya boleh jadi lebih pendek daripada mentol lampu yang murah. Setiap kitar penghidup menghakis sedikit permukaan yang menghasilkan elektrod pada katod; apabila bahan pelepasan sudah habis, lampu tidak boleh dihidupkan langsung.
4.  Berbunyi bising (buzzing noise)
Apabila lampu bermasalah, biasanya lampu ini akan memberikan sedikit bunyi  yang mana pengguna akan merasa terganggu.
5.  Menganggu isyarat alat elektrik yang lain
Ini terjadi apabila lampu mula dihidupkan, walaupun ianya tidak merbahaya, pastinya ia menganggu tumpuan penonton televisyen.
6.  Tidak sesuai dimalapkan
Lampu pendaflour tidak sesuai dimalapkan kerana ianya akan memendekkan jangka hayat lampu dan kadar malapnya sangat pendek. Adalah digalakkan menggunakan lampu jenis filamen untuk  dimalapkan.
7.   Masalah pelupusan dan kitar semula
Apabila lampu ini sudah tidak boleh digunakan, teknik pelupusan yang betul perlu diaplikasikan kerana lampu ini mempunyai raksa yang bersifat toksik.
8.  Tidak cekap ketika suhu terlalu tinggi ataupun rendah
Mengikut kajian yang dijalankan, lampu pendaflour tidak cekap (berfungsi sepenuhnya) ketika suhu terlalu panas ataupun sejuk. Ini sudah pasti melibatkan pembaziran tenaga elektrik. Ianya hanya cekap pada suhu bilik.
Moga info ini dapat membantu anda dalam menguruskan penggunaan lampu. Next entry saya akan share pulak mengenai lampu LED..sekadar perkongsian bersama..



10 comments:

Izzati Suhaide said...

Teringat bljr khb dulu psl lampu2 ni...hihi

Ahlam Miera Shafie said...

teringat lak zaman sekolah dulu waktu subjek kemahiran hidup duk belajar sal lampu.. hehehe

fara terima kasibh follow bloh Ahlam n tahniah fara jadi follower ke 800 dan terimalah hadiah xseberapa dr Ahlam sebagai tanda penghargaan.. (ceh panjang lak ucapan nih... hehehe)

http://ahlammiera.blogspot.my/2015/09/review-follower-ke-800.html

Faranina said...

Thank you ahlam..
Hehe yg menulis ni Pon suami fara..dia cikgu kh..hehe

Nur Alja said...

Good Info. bestnya ada org kuat blh tolong kita buat itu ini. Teringin nak belajar tentang-2 ni, mcm repair-2 kereta, wiring, sebab Alja family semua perempuan, lelaki takde. haha tuh terasa nak belajar semua biar kuat sikit tak susah kan org :D

Blogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D

Alja no 28 (www.cahayapermata.my)

Haffizul Iskandar said...

Terima kasih ya atas perkongsian ni ya. Ilmu ni. Hehehe.

Salam kenal. singgah blogwalking dari blog emas putih. Done follow sini juga ya.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

anak denesor said...

good info..heheh

i Love Bunga said...

Salam..jln2 blogwalking untuk hri ni kejap ;) dr blog emas putih....selamat Hari Raya Haji...sy follower ke70 di sini ..

http://ilovebunga89.blogspot.my/

Fieza Sani said...

Gud Info..dulu subjek KH, selalu berangan bila cikgu ajar..hehe

Salam Perkenalan dear..menyinggah dari segmen EmasPutih..done folo u :D

Puan Deeba said...

info yang berguna.. btw salam kenal.. sy singgah dan follow..

Nadratul Syazwana said...

UV ;( Too bad memang lampu ni digunakan dekat kolej hmm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign