04 September 2015

Kenapa Saya Memilih Kereta Axia


Sebenarnya Proton Iriz lebih menarik dan lebih banyak ciri-ciri idaman saya bagi sesebuah kereta, kapasiti enjin pun lebih besar (1300 cc) dari Axia dan ciri keselamatan yang tinggi tetapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli Perodua Axia. Saya tidak akan membandingkan antara Iriz dan Axia, kerana kedua-dua kereta ini bukanlah dalam kelas yang sama. Akan tetapi saya akan menerangkan sebab-sebabnya kenapa saya memilih Axia.

a.    Harga Yang Mampu Milik

Kenapa harga?..pastinya mampu milik bagi saya yang berpendapatan sederhana.
Bayaran sebulan Axia hanya RM276.00 dengan bayaran muka RM 4 500 selama 9 tahun. Harga pada peringkat ini tidak membebankan untuk saya dan ini menyebabkan saya masih mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Saya masih mengekalkan kadar perbelanjaan runcit barangan lain yang sama setelah saya membeli kenderaan ini. Ini bermaksud saya tidak perlu menghadkan perbelanjaan lain semata-mata untuk membayar bulanan kereta ini. Saya suka melihat faktor harga dan kegunaan bagi setiap pembelian. Untuk faktor keselesaan, kelajuan dan kemegahan bukan lah faktor utama dalam pembelian kereta ini.

b.    Rekabentuk Yang Menarik

Rekabentuknya agak menarik dan moden. Rekabentuk badan luar kalau kita lihat lebih kurang sama macam Perodua Alza, cuma pilihan warna agak kurang. Jika mahu pilihan warna yang banyak perlulah membeli varian yang lebih tinggi seperti Perodua Axia Model SE. Ini adalah taktik pemasaran yang biasa digunakan oleh syarikat. Hiasan dalaman hanya pada peringkat asas akan tetapi jika kita duduk di dalam Axia ini ianya agak selesa pada bahagian dalam (ini perlu diingat bahawa saya memandu Perodua Kancil sebelum pembelian Axia ini). Jadi keselesaannya lebih baik dari Perodua kancil dan Viva. Pendek kata rekabentuk luarnya sedap mata memandang, manakala bahagian dalamnya selesa!

c.    Kapasiti Enjin Yang Sesuai Dengan Diri

Saya sebenarnya bukanlah seseorang yang berjiwa kelajuan. Mudah kata saya suka memandu kereta mengikut had yang dibenarkan (80-90km/jam average). Jadi dengan kapasiti enjin 1 000cc adalah sangat sesuai dengan cara pemanduan saya. Lagipun rumah kedua ibu bapa saya dan keluarga mertua saya berdekatan dengan rumah saya. Tak perlu laju sangat (biar lambat asal selamat).

d.    Peyelenggaraan Yang Mudah dan Murah

Tahukah anda enjin AXIA hanya diselenggara setiap 10 000 km ataupun 6 bulan sekali? hehehe tak perlu setiap 5 000 km perlu diselenggara. Ini bermaksud dalam setahun minima penyelenggaraan ialah 2 kali sahaja!! Jimat kan? Dan berdasarkan pengalaman menggunakan Perodua Kancil dan Kelisa, saya boleh katakan penggunaan kereta kapasiti enjin kecil dari Perodua sememangnya tidak pening kepala dengan penyelenggaraan yang mahal dan masalah kerosakkan yang timbul mengejut. Ianya tahan lasak dan mudah diselenggara.

e.    Penjimatan Minyak

Ini faktor yang banyak mempengaruhi saya dalam pembelian kereta ini. Pada zaman yang mana harga barang makanan sentiasa naik dan tidak akan turun lagi, sudah pastilah saya tidak mahu menghabiskan duit gaji dengan bayaran bulanan yang tinggi dan ditambah lagi dengan kos minyak petrol. Tidak lagi mengira kos untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran. Macam kata pakar pengurusan kewangan harga kereta bukan semata-mata bayar bulanan sahaja. Ianya perlu ditambah dengan kos petrol, peyelengaraan, cukai, insuran dan lain-lain.

Walaupun ketika artikel ini ditulis harga minyak petrol menjunam jatuh, akan tetapi saya sudahpun memilih sebuah kereta yang jaguh dalam penjimatan minyak.  Pernah memakai Perodua Kancil dan Kelisa, dan apabila model Axia ini diumumkan, saya berhajat untuk memiliki kereta baru yang memudahkan semua urusan dunia saya. Saya tidak berhajat untuk pembelian kereta terpakai kerana banyak wang diperlukan untuk membaik pulih kereta terpakai tersebut. Jadi, kereta baru (tak perlu fikir tentang kos repair sekurang-kurangnya 5 tahun), harga mampu milik dan kereta yang khabarnya jimat penggunaan minyak, apa lagi yang saya perlukan?

Ini antara gambar kereta Axia Model G










1 comment:

Anonymous said...

Saya pun memilih Axia!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign