24 August 2015

5 Perkara perlu dilakukan pada HARI LAHIR anda



Norma masyarakat kita..setiap kali tibanya tarikh hari lahir kita mesti ada upacara tiup lilin..org bagi hadiah atau kad pada kita..kalau zaman belajar kena ada prank tengah malam sampai jiran sebelah call polis sebab bising sgt hehe..atau apa jua jenis majlis dr yg kecil sampai la ke big party..hanya unt meraikan kita yg telah makin tua ni..

Tapi pernah tak kita terfikir apa logiknye disebalik sambutan ni semua pda hari kelahiran kita? Saya pon dr dlu lg mmg suka kalau ada org yg mahu meraikan hari lahir kita ni..hati kemain berbunga2 la..
Namun..bila umur semakin meningkat ni saya terfikir apa perlunya kita meraikan diri sendiri atau berharap org lain unt meraikan hari lahir kita sedangkan kita tak buat apa2 pon haritu..hanya mungkin hari bersejarah bg kita sewaktu pertama kali melihat dunia..

Siapa yg perlu di RAIKAN??

Tentulah kedua Ibu Bapa kita..SEBAB??
Pada hari kita dilahirkan..Ibu lah bersusah payah menahan kesakitan mental & fizikal sehingga bertarung nyawa melahirkan kita setelah 9 bulan mngandungkan kita..Pastinya bermacam2 kesakitan telah dilaluinya..
Sejak kita dilahirkan..bermula lah perjuangan ibu membesarkan kita sehingga tidak cukup tidur..
Sejak kita dilahirkan juga lah ibu tidak lg mementingkan dirinya lg tetapi kitalah keutamaannya..
Sehingga dalam Al-Quran juga ada menyebut mengenai pengorbanan ibu ini..

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang tuanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa, “Wahai Rabbku, tunjukkilah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang shalih yang Engkau ridloi. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. Mereka Itulah orang-orang yang Kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami akan ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni surga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka”. [QS. Al-Ahqof/ 46: 15-16].

Ayah pula semestinya pada hari kita dilahirkan bermulah tanggungjawab berat dia mencari rezeki yg lebih unt menyara kita..
Ayah jugalah yg membantu ibu dlm membesarkan kita..Walaupun ayah tidak merasai kesakitan sepertimana sakit ibu mengandung dan melahirkan kita..Namun pengorbanan seorang ayah juga tiada tolok bandingnya..
Dialah berusaha demi sesuap nasi..
Dia jugalah melengkapkan segala keperluan kita drpd lampin, baju, wang belanja sekolah sehinggalah segala keperluan kita hingga dewasa..

Jadi sempana hari lahir kita setiap tahun..Jom kita sama-sama ubah cara kita meraikan hari tersebut supaya lebih bermakna! 5 perkara yg boleh anda lakukan pada hari lahir anda:

  1. Bawa Ibu Bapa pergi makan yg special sikit
  2. Bagi kad ucapan TERIMA KASIH pada ibu bapa kita
  3. Jikalau lebih berkemampuan, beri lah hadiah pada mereka
  4. Peluk & cium mereka tanda terima kasih & kasih sayang kita pada mereka
  5. Pada yg tiada lagi ibu atau bapa ( macam saya ni dah takdak mak) ziarah la pusaranya..I means bukan la on hari jadi kita je nak pegi ziarah tapi slot kan that day unt menziarahi pusaranya.
Sy pasti ada mcm2 lagi cara yg kita boleh lakukan unt menggembirakan hati ibu bapa kita.. 

Sama-sama lah kita muhasabah diri & ke arah yg lebih baik..Inshaallah..











1 comment:

Anonymous said...

Its like you read my mind! Youu appear to know a lot abut this,
like you wrote the book inn it or something. I think that you
could do with some pics to drive the message home a bit, but other than that, this is magnificent blog.
An xcellent read. I will certainly be back.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign