13 August 2015

Anak & Cartoon

                Anak & Cartoon
 Ihsan Google

Kanak-kanak memang sinonim dengan animasi atau bahasa selalu sebut CARTOON. Nowadays, memang kebanyakkan mak bapak akan dedahkan anak-anak dengan cartoon2 yang ada di TV mahupun Youtube tetapi haruslah bijak memilih cartoon yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak. Agak senang jugak la kerja kita mak bapak ni jika anak-anak suka mengadap cartoon sebab diaorang tak la kacau kita sangat..Tapi harus ada had masanya anak-anak menonton televisyen/cartoon supaya mereka mempunyai masa untuk melakukan aktiviti2 lain yang melibatkan interaksi kita dengan anak seperti membaca buku, bermain basikal dan lain2.

Ok, back to cerita cartoon. Semenjak anak dah pandai tengok cartoon ni macam-macam la Mr. Husband search cartoon2 yang sesuai untuk dia sebab dia baru berusia 1 tahun 6 bulan. Kami dedahkan dia tengok cartoon ni semenjak dia berumur setahun lebih jugak la..Sebenarnya agak cepat kami dedahkan dia menonton televisyen ni tapi apakan daya..

Banyak jugak la cartoon Malaysia yang menarik perhatian dia & kami suami isteri. Dengan kami sekali minat tengok cartoon. For me rancangan cartoon seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Ummi & macam-macam lagi jenis kartun sekarang ni memang banyak kelebihan seperti jalan cerita yang baik, moral yang tinggi, suara yang comel & banyak lagi..



Tapi ada 1 lagi cartoon yang sangat menarik untuk ditonton kanak-kanak. Masha & Bear or dalam bahasa Rusia Маша и Медведь(tak tau nak sebut macam mana..hehe). Walaupun berbahasa Rusia tetapi amat mudah difahami kerana jalan cerita nya mudah, menarik, comel (terutamanya si bebear & si kecik Masha ni la)..Keletah Masha yang selalu mengganggu bebear yang dah retired ni memang melucukan. Cartoon ni juga mempamerkan kasih sayang bebear kepada Masha walaupun dia seekor binatang. (So, manusia yang buang anak & dera anak tu faham2 la ye..u worst than an animal ok!)

So jom tonton the best episod dalam siri Masha & Bear ni yang kitaorag suka sangat & highly recommended to watch!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign