17 August 2015

5 Tanda Anak Gila Gajet



Kelahiran pelbagai jenis gadget kini sememangnya tidak dinafikan membawa banyak  kesan terhadap individu tidak mengira usia. Bagi golongan dewasa mungkin mereka mampu mengawal & lebih bijak mengurus & mengendalikan masa & cara menggunakan gadget itu sendiri tetapi tidak bagi kanak-kanak. 

Ibu bapa haruslah merasa risau sekiranya anak-anak mereka lebih cenderung memilih tablet, handphone atau apa sahaja aplikasi gadget lain daripada bermain di luar rumah. Jom baca 5 tanda jika anak anda sudah terlalu bergantung dengan gadget atau GILA GADGET! 

  1. Anak cepat marah/memberontak jika tidak diberikan gadget
  •  Tanda paling ketara jika anak anda terlalu obses dengan gadget adalah mereka cepat memberontak atau naik angin jika tidak diberikan gadget yang diingini untuk bermain. Perkara ini nampak normal bagi kebanyakkan ibu bapa kini kerana perkembangan pesat dunia teknologi atau bahasa lain "Dunia Zaman Sekarang" namun jangan sesekali ambil enteng hal ini. 
  • Kajian menunjukkan kanak-kanak yang obses dengan gadget tidak mampu untuk mengawal kemarahan & tidak dapat memujuk dirinya sendiri ketika marah.

     2. Enggan bersosial 
  • Antara tanda lain jika anak anda obses dengan gadget ini adalah mereka tidak mahu bersosial atau lebih memilih berada disamping gadget mereka daripada perkara lain. Mereka mempunyai dunia mereka sendiri & tidak suka jika diajak/disuruh melakukan perkara lain seperti berjalan-jalan, membaca buku dan lain2..
  •  Mengikut kajian daripada Doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan kanak-kanak UKM, Dr Norazlin Kamal Nor 
         "Perkembangan bahasa anak-anak akan menjadi lemah akibat kurang berinteraksi
          dengan orang dewasa, rakan sebaya dan juga dunia luar jika terlalu obses dengan
          gadget. Mereka akan lebih banyak menguasai visual iaitu memandang berbandang 
          auditori (mendengar) dan ini membuatkan kanak-kanak tersebut kurang memberi 
          tumpuan pada pembelajaran di kelas kelak. Mereka seperti berkhayal memandang
          kipas apabila berada di dalam kelas sewaktu cikgu mengajar"



       3. Malas melakukan aktiviti rutin
  • Kanak-kanak yang obses dengan gadget ini juga akan menjadi malas melakukan aktiviti rutin seperti mandi, mengulangkaji pelajaran, makan & aktiviti2 harian lain. Mereka lebih memilih dunia gadget mereka dan sekali lagi akan memberontak jika disuruh melakukan aktiviti2 lain. Asyik nak mengadap tablet or game 24/7! 



       4.  Tidak mahu tidur

  • Apabila anak TAKSUB dengan gadget juga akan mempengaruhi pola tidur mereka. Mereka sanggup berjaga lewat malam semata-mata mahu menghabiskan bermain game atau mengadap tablet. Tetapi jika disuruh mengulangkaji pelajaran, memang asyik menguap saja. Jika sebelum ini mereka mempunyai masa tidur petang (nap) tetapi setelah mendapat gadget, merka sanggup bersengkang mata tidak tidur hanya mahu bermain gadget. Ini juga tanda anak anda obses gadget
      5. Banyak kerja sekolah tidak siap
  • Anak jadi MALAS menyiapkan kerja sekolah. Kadang-kadang apabila terlalu obses, ada kanak-kanak yang sanggup berbohong dengan ibu bapa mereka apabila ditanya mengenai kerja sekolah mereka. Ini kerana mereka tidak mahu mensia-siakan masa yang ada dengan menyiapkan kerja sekolah. Jika disuruh siapkan kerja sekolah pasti memberontak. Ini juga tanda anak anda GILA GADGET!
 Penyelesaiannya:
  1.  KAWALAN Ibu Bapa
  • Ibu bapa haruslah mengawal masa anak bermain dengan gadget2 supaya dia mempunyai masa lain untuk melakukan aktiviti harian 
      2. Jangan beri HAK MILIK gadget kepada anak
  •  Jangan sesekali "Nah, ni handphone adik". Jika ibu bapa telah bagi hak milik gadget tersebut pada anak & pasti dia tahu itu miliknya..memang susah untuk kita mengawalnya. Beri padanya jika dia sudah cukup dewasa untuk menggunakannya & memilikinya. 
      3. BERTEGAS
  • Jika anak anda telah obses atau ketagih gadget maka ibu bapa tidak boleh berlembut lagi tetapi terpaksa BERTEGAS secara berterusan bagi menghilangkan ketagihan anak pada gadget. Biar dia takut pada ibu bapa dia untuk hal-hal yang dapat menjadikan dia lebih baik untuk masa depannya kelak. 
      4. BANYAKKAN AKTIVITI LAIN
  • Sepertimana yang kita tahu, anak anda sebenarnya mempunyai banyak tenaga, mereka ini baru mendapat kemahiran seperti berlari, melompat dan suka untuk membuat aktiviti yang menggunakan tubuh badan mereka (psikomotor). Ibu bapa perlu memperbanyakkan aktiviti yang memerlukan pergerakkan badan semaksimum yang boleh. Kebiasaanya dengan aktiviti SUKAN!. Ibu bapa perlu membawa anak ke taman permainan ataupun beli peralatan sukan yang berpatutan seperti bola, raket untuk anak-anak. Jangan lupa untuk luangkan masa bermain bersama anak-anak. Sudah pasti anak akan gembira jika diajak melakukan aktiviti bersama.
Ada banyak cara yang ibu bapa boleh lakukan untuk pastikan anak terkawal dengan gadget ni.. Saya juga ingatkan diri saya sendiri dalam mendidik anak-anak supaya tidak obses dengan gadget2.. Memang saya akui susah untuk mengawal anak-anak dalam bab ini kerana perkembangan teknologi itu sendiri. Sama-samalah kita mencorak anak-anak kita ke jalan yang lebih positif.. 





4 comments:

Rubiah Kadir said...

Thx bg info ni..anak2 ruby pun tergian ngan gajet..maklumlah duk dlm rumah..umah jenis apartmen..xdek laman...kdg2 kesian gak kt die org..sebab zmn die org skrg ni cm xbest cm zmn kita2 dulu..duk main guli..galah panjang..kan?

Belum tang berkubang dgn air lumpur tgkp ikan sepat..huhu

Faranina said...

Sama la..anak sy pon bru sthun lbh tp dh pandai ngadap hp la tablet la..smpi kdg2 mmg susah nk kawal tp kte mmg kne tegas n bykkan aktiviti dgn dia supaya dia x bosan

Unknown said...

my anak buah baru sethn 1 bln . pantang nampak handbeg mamanya terletak , mmg dia selongkar cari handphone . klu tak bagi , memang melalak ...

Faranina said...

Ni bezanya budak skng n dulu kan..hehe baru stahun jagung dh pandai slide2 hp n memberontak mntk gadget..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign