WeeklyFixPay

14 August 2015

True Detective Musim Ke-2 (Spoiler!!!)






Hebat! Itulah perkataan pertama yang saya katakan apabila selesai menonton drama True Detective musim yang ke 2. Walau ada yang mengatakan musim ke 2 ini tidak sehebat musim pertama, malah yang lebih teruk, ada yang mengatakan bahawa True Detective kali ini gagal sepenuhnya. Saya mengatakan musim kedua ini ada keistimewaanya yang tersendiri.
 
Jujur saya katakan, pada awalnya saya rasa kecewa dengan jalan ceritanya yang agak perlahan dan terlampau banyak adegan kekeluargaan yang ingin ditunjukkan pada episod 1, 2 dan 3..akhirnya TDS2 (True Detective Season 2) menunjukkan kembali belangnya dengan aksi yang mendebarkan pada episod 6, 7 dan 8. 

Kalau sebelum ini drama Breaking Bad menjadi drama wajib tonton, nampaknya kali ini TD adalah drama yang wajib ditonton oleh pengemar drama Hollywood.

Bagi yang tidak pernah mendengar nama True Detective Musim Ke-2 ini, ianya mengenai 3 orang pegawai polis yang cuba menyelesaikan satu kes pembunuhan VIP yang seterusnya mengheret mereka ke dalam konspirasi antara kumpulan gangster, kapitalis dan politik. 

Apa yang membuatnya menarik? Walaupun sebelum mula ditayangkan pada 21 Jun 2015 (waktu America)

Pastinya disebabkan oleh True Detective musim yang pertama. Tayangan pada awal 2014 yang lalu pastinya akan tidak akan dilupakan. Jalan cerita yang menarik dan agak menakutkan seolah-olah menonton cerita seram walaupun ini sebuah cerita penyiasatan. (saya akan menulis ulasan berkenaan True Detective Musim Pertama pada artikel yang lain)

True Detective kali ini memberikan satu persembahan yang mantap dari segi jalan cerita (plot) dan lakonannya. Pada saya, drama True Detective banyak menggunakan subtext dan symbolism yang menyebabkan drama ini menawarkan lebih daripada apa yang kita tonton. Penonton perlu lebih banyak memikirkan apakah adegan/skrip/kostum/warna itu perlu dimasukkan dan dipertontonkan.

Sebagai contoh, latar belakang drama itu di bandar Vinci yang digambarkan penuh dengan pencemaran toksik serta pencemaran udara adalah simbolik kepada watak di dalam drama tersebut yang banyak melakukan rasuah dan jenayah.

Ramai mengatakan TDS2 ini kurang twist dan misterinya!. Saya tetap mengatakan resepi True Detective untuk kedua-dua musim tetap sama iaitu sekumpulan manusia berusaha keras untuk menyelesaikan penyiasatannya.

Akhirnya saya faham drama ini bukanlah semata-mata tentang penyiasatan jenayah, akan tetapi mengandungi nilai kekeluargaan yang tinggi seperti kasihnya bapa kepada anaknya dan kasih suami kepada isterinya. Terlalu banyak nilai-nilai yang ingin dibicarakan, mungkin lain kali!

Akhirnya, protagonis tewas melawan antagonis kerana yang ditentang adalah sikap rasuah dan tamak dan bukannya manusia yang lemah.

by Hasnizam Aziz


2 comments:

Anonymous said...

Hihihi cool

Anonymous said...

Yes! very dramatic & must watch

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign