Hebat!
Itulah perkataan pertama yang saya katakan apabila selesai menonton drama True
Detective musim yang ke 2. Walau ada yang mengatakan musim ke 2 ini tidak
sehebat musim pertama, malah yang lebih teruk, ada yang mengatakan bahawa True
Detective kali ini gagal sepenuhnya. Saya mengatakan musim kedua ini ada
keistimewaanya yang tersendiri.
Jujur
saya katakan, pada awalnya saya rasa kecewa dengan jalan ceritanya yang agak
perlahan dan terlampau banyak adegan kekeluargaan yang ingin ditunjukkan pada
episod 1, 2 dan 3..akhirnya TDS2 (True Detective Season 2) menunjukkan kembali
belangnya dengan aksi yang mendebarkan pada episod 6, 7 dan 8.
Kalau
sebelum ini drama Breaking Bad menjadi drama wajib tonton, nampaknya kali ini
TD adalah drama yang wajib ditonton oleh pengemar drama Hollywood.
Bagi
yang tidak pernah mendengar nama True Detective Musim Ke-2 ini, ianya mengenai
3 orang pegawai polis yang cuba menyelesaikan satu kes pembunuhan VIP yang
seterusnya mengheret mereka ke dalam konspirasi antara kumpulan gangster,
kapitalis dan politik.
Apa
yang membuatnya menarik? Walaupun sebelum mula ditayangkan pada 21 Jun 2015 (waktu
America)
Pastinya
disebabkan oleh True Detective musim yang pertama. Tayangan pada awal 2014 yang
lalu pastinya akan tidak akan dilupakan. Jalan cerita yang menarik dan agak
menakutkan seolah-olah menonton cerita seram walaupun ini sebuah cerita
penyiasatan. (saya akan menulis ulasan
berkenaan True Detective Musim Pertama pada artikel yang lain)
True
Detective kali ini memberikan satu persembahan yang mantap dari segi jalan
cerita (plot) dan lakonannya. Pada saya, drama True Detective banyak
menggunakan subtext dan symbolism yang menyebabkan drama ini menawarkan lebih
daripada apa yang kita tonton. Penonton perlu lebih banyak memikirkan apakah
adegan/skrip/kostum/warna itu perlu dimasukkan dan dipertontonkan.
Sebagai
contoh, latar belakang drama itu di bandar Vinci yang digambarkan penuh dengan
pencemaran toksik serta pencemaran udara adalah simbolik kepada watak di dalam
drama tersebut yang banyak melakukan rasuah dan jenayah.
Ramai
mengatakan TDS2 ini kurang twist dan misterinya!. Saya tetap mengatakan resepi
True Detective untuk kedua-dua musim tetap sama iaitu sekumpulan manusia
berusaha keras untuk menyelesaikan penyiasatannya.
Akhirnya
saya faham drama ini bukanlah semata-mata tentang penyiasatan jenayah, akan
tetapi mengandungi nilai kekeluargaan yang tinggi seperti kasihnya bapa kepada
anaknya dan kasih suami kepada isterinya. Terlalu banyak nilai-nilai yang ingin
dibicarakan, mungkin lain kali!
Akhirnya,
protagonis tewas melawan antagonis kerana yang ditentang adalah sikap rasuah
dan tamak dan bukannya manusia yang lemah.
by Hasnizam Aziz
2 comments:
Hihihi cool
Yes! very dramatic & must watch
Post a Comment