24 August 2015

Kenapa saya suka drama True Detective?



True Detective musim pertama lakonan Matthew McConaughey, Woody Harrelson mengisahkan penyiasatan mencari pembunuh bersiri yang mengambil masa sehingga 17 tahun. Drama ini adalah terbitan HBO dan ditayangkan pada January 2014 dan berakhir pada Mac 2014.

Telah dinamakan antara drama terbaik dan saya sememangnya mencadangkan anda semua (pembaca) untuk menonton drama ini.

Apa yang saya suka tentang drama ini?
·      Jalan cerita yang bagus. Jarang kita jumpa drama Hollywood yang mempunyai jalan cerita yang menarik. Saya pengemar drama Jepun selalu mengatakan Jepun membuat drama yang lebih hebat daripada Hollywood dan nampaknya kini saya tertunggu-tunggu drama Hollywood yang lain. Jalan ceritanya yang sentiasa membuatkan kita tertanya-tanya siapa sebenarnya pembunuhnya dan bagaimana 2 orang protagonis ini hendak menyelesaikan siasatan ini.

·  Lakonan berkesan!!. Watak Rustin Chloe lakonan Matthew McConaughey benar-benar mempengaruhi saya untuk menjadi seorang polis!. Obsesi dan monolog Rust Chloe menyebabkan watak ini akan sentiasa dikenang sebagai yang terbaik! Rust Chole menyebabkan saya ingin menjadi polis. Tapi disebabkan saya sudah pun mempunyai pekerjaan yang tetap maka, saya pendamkan sahaja hasrat itu. Walaubagaimanapun, banyak moral dari watak Rustin Chloe yang boleh kita pelajari

·         Skrip yang Mantap. Jika kita lihat, adegan Rust dan Marty sedang memandu di dalam kereta dan mempersoalkan perspektif masing-masing bagaimana mereka melihat dunia ini, Rust yang tidak mempercayai kehidupan selepas kematian dan Marty yang sentiasa percaya pada agama.

·       Subtext dan Simbolik. Drama ini banyak menggunakan bahasa subtext (bahasa di bawah sedar) atapun reading between the lines dan juga simbol yang menceritakan lebih daripada dialog. Sebagai contoh, nama Rust Chloe seperti rust: karat dan coal : arang..mengambarkan elemen arang dan karat yang berkaitan dengan pencemaran, Rust mempunyai watak yang tercemar. Nama Martin Hart, Hart seolah-olah Heart, organ manusia yang penting yang memberikan kehidupan. Banyak lagi simbolik yang digunakan seperti lingkaran, keluarga Marty dan lain-lain

·       Suasana yang suspen dan seram. Menonton drama sama seperti menonton drama seram. Watak The Yellow King digambarkan seolah-olah seperti raksasa yang sangat menyeramkan dan sedang berkubu di Carcosa menunggu watak protagonis datang! Setiap misteri yang ditunjukkan menyebabkan saya benar2 cuak akan keselamatan Rust dan Marty. Berkenaan dengan adegan yang mencemaskan (suspen) apabila Rust mencari maklumat di kalangan biker pada episod 4.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang drama ini. Boleh saja anda semua mencari drama ini di laman2 download contohnya warez.bb dan lain-lain. Ataupun tunggu di saluran HBO, Astro. Mungkin akan dimainkan kembali.

 Sekian sahaja setakat ini. Terima kasih.

                                                                                                                     by Hasnizam Aziz

2 comments:

Unknown said...

saya pun suka drama detective ni . klu movie lak suka movie spy mcm james bond b mission impossible ...

Aula Mommy Razim said...

menarik tu.
nanti nak cari jugak.



2 Petua Mudah Hadapi Jerebu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign