29 September 2015

Review Episod Akhir Slot Drama Akasia Mencintaimu

Assalamualaikum..



Nak sembang sikit mengenai drama slot Akasia TV3 bertajuk Mencintaimu yg ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 pm. Drama ni baru saje melabuhkan tirainya hari ni..Ramai yg dah tau rasanya hero drama ni adalah Sharnaz Ahmad sebagai Hisyam & heroinnye Zahira Macwilson sebagai Anissa..Best ke? Hehe ni jawapan saya la ek...

Overall ada part yg best, menyentuh perasaan & kelakar..Ade jugak la part yg annoying & klise..Tapi kali ni saya nak review episod akhir drama ni je ye..

Typical Malay drama selalunya mestilah good ending..
Hero mesti kahwin dgn heroin..watak antagonis pulak akan dapat balasan atas perbuatannya..
Sama jugak la dgn drama ni..
Akhirnya..Selepas kematian ibu Annissa (Juhara) & adik Anissa (Jiha) dimasukkan ke dlm hospital akibat termakan racun yg diletakkan oleh Helmi; kawan baik Hisyam, Hisyam membuat keputusan melarikan diri tetapi dalam masa yg sama membantu Jiha dgn mendermakan buah pinggang nya secara senyap2 tanpa pengetahuan ibu bapanya & juga Anissa..Jiha mengalami komplikasi buah pinggang akibat racun tersebut. Helmi pulak dipenjarakan & Asyikin menghidap AIDS. Mak Hisyam akhirnya insaf & menyesal setelah bermacam2 perkara buruk terjadi dalam keluarganya.

Saya mengharapkan pengarah drama ini akan membuat sedikit pembaharuan dlm drama ni dgn kahwinkan Anissa dgn En Muaz; ex boss Anissa sebab saya rase Muaz ni lebih layak & baik drpd Hisyam..Muaz memang dah lama menyimpan perasaan pada Anissa sejak dia bekerja disitu. Muaz seorang yg gentleman & berbudi bahasa. For me dia lebih deserve untuk Anissa..Hehe tp apakan daya..hero haruslah bersama heroin..

Agak mengecewakan apabila akhir drama ini tidak tunjuk langsung pengakhiran En Muaz tu..hehe sorry ye..saya memang minat watak Muaz dalam drama ni..
Dan yg paling mengecewakan adalah cara Hisyam memujuk or mengajak Anissa kembali kepangkuannya..alahai skemanya ayatku..

Saya rasa agak kasar & tak romantik langsung la cara dia approch Annisa tu even Annisa dh admit semua kesilapan dia..ehhehe tp maybe tu karakter dia..terima je la..

Saya tetap ikut drama2 melayu even kdg2 memang sgt klise jln ceritanya..
Mungkin trend drama sekarang mesti melibatkan sorang yg miskin & sorang lg mesti kaya..
Yg kaya mmg bukan calang2 la..mesti Dato tak pun Tan Sri..heheh 
Kerja mesti CEO ke atas..(ade lg atas ke) ehhehe

Lagi 1 trend cerita melayu sekarang..
Mesti kahwin pakse tak pun kahwin kontrak..tp at last mesti sayang2 lepas beria2 bergaduh sakan..

Saya berharap agar penggiat industri filem & drama melayu akan lebih memikirkan strategi & idea baru serta membuat kajian lebih mendalam sebelum menerbitkan sesebuah drama atau filem..

Semoga industri ini lebih maju di masa akan datang...



5 comments:

Nora Karim said...

ooo abis dah ye? saya tengok yang awal2 hari tu je....

Dingdang said...

tak dapat tengok. geram dengan kawan baik Hisyam tu. jahat giler. huhu

Faranina said...

Aah sis dh abis smlm..hehe sy mula2 x brape nk tgk..tp akhir2 lak layan

Faranina said...

Hehe tu lah x ske tol ngn dia..jahat betui

anakdenesor said...

rmai yg tgk citer ni..tp i x tgk sbb klo tgk drama hari2 kne follow heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign