Assalamualaikum..
Kali ni nak cerita sikit pasal sesi tukar langsir baru2 ni..Byk jugak proses yg saya & en husband terpaksa buat unt siapkan langsir rumah kami ni..So lepas ni boleh la start mendeco2 benda lain pulak..yg penting kena tunggu bajet! Hehe
So saya nak share jugak la tips dalam pemilihan langsir ni..based on experienced je ye..hehe tak la expert mane pon..
- Saiz Tingkap & Langsir
Perkara pertama dalam membuat langsir adalah tentukan dahulu saiz tingkap rumah yg dikehendaki. Contoh berapa ketinggian & lebar tingkap & jumlah panel tingkap yg kita nak letak langsir tu. Ini penting supaya kita dapat membuat bajet kita. Macam saya lepas dapatkan ukuran yg kita nak, saya ke kedai langsir tersebut untuk dapatkan quotation. So kat situ kita dah boleh anggarkan berapa harga yg perlu kita bayar. Peralatan dalam kerja-kerja mengukur ni ialah
- Mencari Kedai Langsir
Part ni terserah la sama ada nak tempah terus di kedai atau memilih ke Nagoya, Jakel, or mana2 kedai kain atau langsir. Kali ni saya memilih untuk tempah sendiri di kedai langsir supaya ukurun lebih tepat & memandangkan beberapa perubahan yg perlu dibuat pada kedudukan rod kayu & railing. Kedai yg kami pilih adalah:
Nama kedai - Yumi Curtain & Fashion Design
Lokasi - 5, Lorong Gopeng 1, Chongkat Golf, 31600 Gopeng, Perak
Contact No - 016-559 5512 (Jennifer)
Owner kedai ni seorang Chinese. Jennifer. Baik & berbudi bahasa. Senang berurusan dengannya..So saya suggest la kalau ada sape2 yg nak buat langsir disekitar Ipoh, Kampar, Gopeng or area2 sekitar sini boleh la menggunakan khidmat beliau.
- Tentukan Bajet /Anggaran Harga
Ok..bajet jugak penting dalam proses membuat langsir ni..ikut poket masing2 la ye..Kita boleh pilih untuk buat terus langsir semua tingkap ataupun sikit2..
Macam kami lebih memilih untuk buat sikit2 kerana langsir yg dulu masih boleh digunakan. Cuma kali ni nak berubah angin nak tukar langsir untuk sliding door & tingkap di ruang tamu utama sahaja..Bilik & dapur tunggu bajet akan datang la..hehe
- Buat kajian mengenai trend terkini
Step ni banyaknye of course my part la..hehe saya byk google, tengok majalah2 decor or home interior & instagram (suke follow Lentera Creative Home coz design langsir dia cantik2 & up to date). Selain tu saya banyak refer & share pendapat dengan en husband sebab taste dia boleh tahan tinggi jugak la..hehe
Antara sumber pencarian
- Tentukan pemilihan jenis, corak & warna langsir
Sekiranya kita dah buat research sikit mengenai trend langsir kini mestilah kita tahu serba sedikit mengenai jenis kain langsir ni..Kami memilih kain jenis blackout (kain yang cahaya matahari tak boleh tembus) untuk sliding door kerana material kain nye lebih berat & tebal tetapi lembut & lebih kemas. Untuk tingkap kami memilih Matt Satin kerana kos yg sedikit murah berbanding kain blackout, lebih shining & tak terlalu berat. Warna? Kami memilih warna Turquoise supaya lebih menyerlah & sesuai dengan dinding rumah yg dicat warna hijau apple.
Contoh Langsir Kain Blackout
Jadi...ini la hasil langsirnye..
8 comments:
wah..cantik langsirnya....
cantik langsir.. nampak cool. thanks for the tips =)
cantik langsir tu, terberkenan pula...
Lawa kak hasilnya, warnanya naik dengan warna dinding. :)
Boleh tau kos untuk langsir?berapa smeter kain blackout n upah sekaki? Tq ;)
maaf lewat reply afays..kos smeter langsir blackout Rm 33.00 & matt satin RM 22.00
Salam...
Kalau nak dapat mcm di atas tu berapa bajet nye...langsir biru tuu untuk sliding door...
Kalau nak sliding door mcm yang di atas tu berapa bajet nye...
Langsir warna biru tu...
Post a Comment