04 October 2015

5 CARA TINGKATKAN PERNIAGAAN BURGER ANDA!


Ihsan Google
 

Saya pengemar burger, menjadi satu kegemaran dulu-dulu (sebelum umur 30 tahun) mencari kedai/gerai burger pada waktu malam ke mana pun tempat yang saya lawati. Memakan burger mungkin menjadi satu kenangan indah saya pada zaman kanak-kanak dan remaja. Selepas tamat belajar di university,  saya bekerja sebagai tukang masak di Kentucy Fried Chicken (KFC) selama setahun, dan tahu la sedikit sebanyak teknik yang digunakan oleh restoran makanan segera untuk menarik pelanggan.
 
Berikut apa yang boleh saya simpulkan:

 
i.                Nama dan Masa perniagaan
Situasinya selalu begini…bila kita nak beli tutup, bila nak xnak beli bukak pulak kedai burger. Pastikan perniagaan anda dibuka secara KONSISTEN, ini menyebabkan pelanggan senang nak datang membeli.  Bila berniaga pula, pastikan anda menulis waktu perniagaan anda supaya pelanggan tahu bila waktu dibuka dan hari apa kedai ditutup.(Contoh : Buka 8 malam hingga 12 malam, tutup setiap Sabtu). Senang pelanggan untuk datang membeli dan pembeli pasti kecewa jika datang nak membeli tetapi kedai ditutup.  
 
 
Ihsan Google
 
Kalau boleh juga, pastikan nama kedai ada untuk pelanggan buat rujukan dan beri penghargaan. Sebagai contoh, Kedai Burger Abang Burn, Kedai Burger Simpang 3, Kedai Burger Leleh. So senang la pelanggan nak cakap burger kedai si polan polan sedap.Kalau xde nama kedai susah pelanggan nak recommend kat kawan kalau sedap. Imej kedai juga akan naik sebab nama kedai yang dipilih bersesuai dengan tema makanan.
 
ii.                 Mengikut Kehendak Pelanggan
 
 
Ihsan Google
 
Saya pernah meminta untuk membeli daging burger sahaja, akan tetapi abang burger tu kata tak boleh! Alasannya nanti daging dan roti jadi tak sama bilangannya. Kes yang kedua, minta beli daging sahaja, tak boleh juga sebab tak tahu nak letak harga berapa..what the fish?, memang hak penjual untuk tentukan apa yang dijual, akan tetapi imej kedai?
 
Sebenarnya pelanggan memang banyak permintaannya..xnak sayur, nak lebih sos, lebih mayo, timun xnak, peniaga perlu bijak melayan kehendak pelanggan kerana layanan yang baik pastinya akan menyebabkan pelanggan datang lagi. Lagipun, pelanggan yang berpuas hati pasti akan memberitahu kawan. Tapi jangan la pulak mintak Zinger double kat KFC, hehehe.
 
Disini saya salute peniaga burger yang boleh sediakan semua burger mengikut kehendak pelanggan. 

iii.               Gunakan Teknik Membungkus

Burger yang lazat pastinya dibungkus dengan kertas burger! Sebabnya apabila dibungkus, burger akan jadi padat dan aroma baunya akan semerbak keluar apabila bungkusan dibuka. Haba makanan juga akan bertahan lama. Burger yang dibungkus dengan polistrin kurang padat dan polistrin pula akan menyebabkan pencemaran alam.
 
Mengambil contoh burger Mcdonald, KFC, Burger King juga dibungkus dan pengemar nasi kandar juga tau, nasi kandar yang real (ori) pastinya dibungkus dengan surat khabar. Sebabnya?, fuh...bertambah kick bak hang.
 
Ihsan Google

iv.               Cepat
 

Ihsan Google

Cepat ni sebenarnya abstrak, akan tetapi ramai orang suka cepat sebab malas nak tunggu lama. Peniaga burger yang mahir (otai) pastinya cekap menyediakan bilangan burger yang banyak dalam masa yang sepatutnya tanpa mengabaikan kualiti burger yang dimasak. Pastinya CEPAT menjadi satu kelebihan kepada anda.

v.               Simple
Resepi yang berkesan ialah simple. Jangan berlebihan!. Seringkali saya lihat burger yang disediakan terlalu banyak diletakkan sos cili ataupun mayonis menyebabkan burger tersebut terlalu lembab apabila dimakan, ataupun bila dimakan hanya rasa sos sahaja tanpa rasa roti, daging dan sayur. Pastinya setiap bahan tersebut ada sukatannya dan pastikan ianya tidak berlebihan hingga menghilangkan rasa bahan yang lain.
 
Teknik memasak juga perlu dititikberatkan agar burger anda menjadi the best burger in town! Masa memasak daging perlu diselaraskan, agar daging tidak terlalu kering dan hilang kelembapan/jus daging ini. Roti juga perlu dipanaskan agar menjadi lembut. Hmm banyak lagi nak cite ni, tapi ringkasnya semuanya SIMPLE/SEDERHANA. 
 
Selamat berjaya.
 
by Hasnizam Aziz

6 comments:

Unknown said...

saya rasa dalam banyak banyak berger, berger paling senang nak buat ialah bergermbira...hehhehehhehe...

topik ni best nak discuss...

Raihanah Ahmad said...

best burger ni, senang jual insyaAllah

Madam N said...

burger hot fizo omar

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus ada cara-cara macam ni. Sedapnya burger.

OhPanduan said...

Saya pun suka makan burger. Sedap.

Jobdirumah Buat Duit said...

Mudah nak berniaga burger.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign