12 August 2015

Anak Tak Suka makan??

Anak TAK suka makan??

 Gambar hiasan ihsan Mr. Google

Alahai..memang pening kepala bila anak tak suka makan ni..bukan dia tak suka makan semua benda yang kita suap tp bila dia nampak je nasi terus dia tutup muka & lari jauh-jauh..Jenuh kejar & kadang-kadang sampai nak naik angin jugak la dibuatnye..hehe tp tu la namanya cabaran dalam membesarkan anak..memang menguji kesabaran & haruslah letakkan kesabaran tu ditempat yg paling tinggi selain berdoa supaya anak membesar dengan sempurna..

Berbalik mengenai anak tak suka makan ni..macam-macam cara la si ibu terpaksa lakukan (struggle so hard la) untuk bagi anak ni makan..Antaranye:
  •  If anak jenis yg tak suka makan nasi boleh la bagi makanan alternatif lain seperti roti, telur (Selalu buat scramble egg & pasta & macam-macm lagi resepi yang sedap2 kat google tu..yang penting anak kenyang)


  • Sekarang zaman canggih ni..boleh la bukak video or kartun dalam youtube yg tunjuk kanak-kanak sedang makan terutamanya mase nak bagi dia makan ..iktiar je la..Mungkin ada sedikit tarikan dia untuk makan sebab tengok kartun tu makan sekali..hehe
  • Dulu ada satu masa anak langsung tak nak makan..Cuba la letak dia kat depan cermin & tunjuk macam mana nak makan & cara makan..sambil tu suap kat  mulut kita sekali la..dan bila dia tengok dia dalam cermin sambil makan baru la dia nak makan..& alhamdulillah ada la jugak kesan positif nye..hehe (masa tu anak baru 1 tahun) Dah besar maybe tak jalan jugak la cara ni..hehe 
  • Tunggu dia betul-betul lapar..Bile dah lapar sumbat ape pon (especially nasi) mahu la kot...
  • Cuba bagi multivitamin seperti Appeton & Vitamin Gummy ni..(Ikut kesesuaian anak ye). Both product ni mempunyai Lysine yang membantu meningkatkan selera, menggalakkan pertumbuhan dalam ketinggian & berat badan kanak-kanak.

  •  


    Ni antara cara yang saya buat bila anak tak nak makan..Saya rasa mommy2 yang lain mesti ada banyak lagi cara untuk pastikan anak kita makan..ok, jumpa lagi di next entry..

    Sekadar renungan bersama..

    "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (QS. Al-Anfaal: 27-28)

    Salam....





1 comment:

Anonymous said...

Good

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign