23 August 2017

Sebelum vs Selepas Berkahwin





Assalamualaikum semua!

Entry kali ni Cik Ra cuma nak share pandangan Cik Ra mengenai hubungan sebelum & selepas berkahwin ni.. Al maklumlah..selalunya drama2 melayu ni endingnye kahwin setelah mengharungi zaman bercinta yg penuh pancaroba. Acecewaah bermadah pujangga pulekk! Tapi sebenarnye dugaan & cerita sebenar kisah itu adalah bermula setelah kita berkahwin. Betul tak? Kehidupan selepas berkahwin lebih menarik & penuh liku2 yg perlu pasangan itu tempuhi. Selepas berkahwin jugalah kita akan tahu "True Colors" pasangan masing2.

Cik Ra citer ni bukan la bmksd selepas kahwin tu x seronok..xde manisnye..eh..lps kahwin la rasenye rasa SAYANG & CINTA tu lebih mendalam pd pasangan bbanding sblm kahwin..cewahhh

Ye la..selepas berkahwin la kita berkongsi semua perkara dengan pasangan kita. Susah senang suka duka semuanya harus bersama. Jujur Cik Ra katakan lepas Cik Ra kahwin ni semua benda Cik Ra nak buat mesti ada husband. Kalau keluar husband x ikot pun rasa macam x complete je! Haha Uwerkk

Tp bg Cik Ra selepas kahwin ni kita tafsir CINTA tu lebih dari sekadar perasaan cinta kekasih kpd kekasih. Kalau masa bercinta kita lebih kepada unt menyayangi & disayangi. Perlukan perhatian sepenuhnya drpd pasangan & mengharapkan hanya yg manis2 sahaja.  Tapi apabila berkahwin ianya lebih kepada KOMITMEN & JANJI..Ye CINTA itu masih wujud malah setelah berkawin kita terjemah CINTA itu lebih kuat berbanding sebelum berkahwin but it comes together with Commitment & Promises! 

Komitmen pada rumahtangga yg kita bina & juga cara bagaimana kita nak kukuhkan hubungan suami isteri. Selepas ada anak, komitmen unt membesarkan anak2 pula..Cik Ra rasa kehadiran anak2 sememangnya keseronakkan utama dlm rumahtangga Cik Ra. Tapi disebalik keseronokkan itu tersembunyi seribu cerita susah & senang juga dugaan yg perlu ditempuhi pasangan itu tempuhi.

Itu belum cerita kesusahan jika pasangan berdepan masalah. Samaada masalah kewangan, keluarga, pekerjaan, kawan2 atau mcm2 lagi masalah lain yg kadang2 membawa kepada "stress" sehingga mengganggu perjalanan rumahtangga. Ye la kdg tu balik dr kerja stress dgn kerja, sampai dirumah anak2 merengek nak itu ini. Wow mmg menguji kesabaran! Belum ditambah dengan kemahuan partner yg juga memerlukan perhatian.

 

Itu belum diselit dengan cerita2 sentap menyentap ni! Hehe adatlah dlm rumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri! :) 

Setelah berkahwin juga kita terikat dengan JANJI.  Ya JANJI sebelum berkahwin supaya kita sama2 mengharungi susah mahupun senang. BERJANJI setia bsama pasangan kita. JANJI itulah yg setiap pasangan perlu ingat & pegang supaya rumahtangga kita akan sentiasa aman & bahagia. 



Macam berpengalaman sgt la Cik Ra ni bab2 berkahwin ni! Hahah 
Apa yg Cik Ra kongsikan ni hanyalah pandangan Cik Ra. Jika ada yg tersalah silap Cik Ra mintak maaf ye..

Nnt la kita sambung lagi..:)






.

3 comments:

Asyiqin said...

HAI..JEMPUT JOIN GA :)
https://asyiqin89.blogspot.my/2017/08/face-mask-giveaway-by-asyiqin89.html

Anum said...

macam2 ya

nona sani said...

Yesss, setujuu sangatt, sangat !

Lebih kepada komitmen and janji........tak boleh nak putus-putus..kan~

So, kena teus sayang dan bertanggungjawab dengan hubungan yg dibina..

Hi, jommm joinnnnnnnn contest nih, last day okayyyy ~

http://nonasani.blogspot.com/2017/08/giveaway-saya-nak-prime-buster-cream.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign