08 August 2017

Anak Lambat Bercakap

Assalamualaikum semua. 

Lama rasanya tidak berkongsi entry baru di blog ni. Berhabuk sudah! :) 

This time saya nak share pengalaman sendiri anak pertama saya yg mempunyai masalah lambat bercakap. 




Tidak seperti kanak-kanak biasa lain kebolehan Aisyah untuk bertutur dan berkomunikasi dengan orang lain adalah agak lewat. Ketika saya menulis entry ini dia berusia 3 tahun 7 bulan. 

Saya dan suami perasan akan kelemahan ini ketika Aisyah berusia 2 1/2 tahun. Pada usia ini saya lihat kanak-kanak lain sudah mula bercakap dengan perkataan2 yg mudah walaupun pelat. Jumlah perkataan juga sudah seharusnya mencecah lebih daripada 10 perkataan. 

Tetapi Aisyah bukan sahaja tidak boleh menggunakan perkataan yg mudah malah juga masih tidak bole memanggil saya "Ibu". Ya, pada mulanya memang agak risau akan perkembangan dia. Tetapi sedapkan hati jugak bila family mertua & bapa saya sendiri kata "mungkin dia ni jenis yg lambat bercakap". 

Jika dia memerlukan sesuatu seperti nak susu atau nak makan dia hanya akan menunjukkan sign seperti letakkan jari ke mulut bermaksud dia mahu susu. Sudah banyak kali diajar tetapi dia hanya akan diam & angguk apa yang kita ajarkan. Memang pada mulanya agak stress & tertanya-tanya kenapa anak saya begitu? Anak orang lain elok je bercakap? 

Tapi saya silap..saya tidak harus sama sekali bandingkan anak saya dengan orang lain. Masing-masing ada kelebihan & kelemahan mereka sendiri.

Walaupun sudah bermacam cara & kaedah pembelajaran yg kami google & tanya pada orang yg lebih arif untuk pastikan Aisyah bercakap tapi kami masih gagal. 

Ketika usia Aisyah 2 tahun 8 bulan kami terjumpa ketulan di bahagian kelenjar Aisyah. Terus bawa dia ke klinik & doktor rujuk pada pakar di Hospital Besar Ipoh. Alhamdulillah doktor kata ketulan itu adalah normal tetapi masih perlu dipantau.  Cuma doktor agak risau dengan masalah pertuturan Aisyah yg masih tidak boleh bercakap pada usia dia sekarang. Doktor tersebut telah rujuk Aisyah pada Pakar Pertuturan. 

Bermulalah aktiviti baru kami berulang alik ke Hospital Besar Ipoh bagi menghadiri sesi temujanji dengan pakar tersebut. 

Selepas beberapa ujian dilakukan pada Aisyah, pakar tersebut juga risau akan masalah ini & Aisyah perlu teruskan rawatan ini lagi. Aisyah tidak bercakap apabila ditanya & hanya mengangguk kan kepalanya. Tetapi kelebihan Aisyah adalah dia aktif bermain & berinteraksi dengan orang lain walaupun tidak bercakap dalam bahasa kita. Dia mempunyai bahasa dia sendiri yg hanya dia sahaja yg faham. :)

Sehingga usia Aisyah mencecah 3 1/2 tahun barulah dia sikit demi sedikit mahu bercakap. Walaupun masih pelat tetapi banyak perkataan baru yg wujud darinya. Dia sudah pandai membina ayat sendiri & juga sudah pandai mengadu itu & ini. Alhamdulillah. Doktor menasihati kami supaya Aisyah sekolah lebih awal supaya dia bercampur dengan kanak-kanak lain bagi merangsang Aisyah untuk berkomunikasi. Inshaallah usia dia 4 tahun kami akan masukkan dia ke sekolah bagi tujuan ini.

Ya. memang benar. Ada istilah "Lambat Bercakap" ini. Sekarang kami lebih banyak merangsang Aisyah dengan banyak perkataan baru. Walaupun selalunya reaksi dia seperti "Ha? Ha? Ha?" Kami tetap akan ulang perkataan tu banyak kali sampai dia faham & boleh sebut. Kalau dulu diajar 1 perkataan pun dia tak nak buka mulut kini dia lebih mudah. 

Alhamdulillah. Perkembangan dia semakin positif dari hari ke hari. Selepas dia ada adik ni barulah nampak perkembangan yg drastik daripada dia. Semoga Aisyah membesar dengan sempurna & sihat. 

Jadi pada ibu bapa yg mempunyai anak seperti saya, jangan terlalu risau ye. Tetapi jika anak anda mempunyai masalah lain yg anda perasan, segeralah berjumpa dengan pakar. Mereka banyak membantu dalam menasihati terutama pada ibu bapa muda yg tidak mempunyai pengalaman lagi membesarkan anak.

Sampai disini sahaja.

Assalamualaikum :) 

   













Dapa 

3 comments:

Decamellia said...

Tak tahu kenapa, bila baca nur menangis. Nur tengah sedih & stress juga skrg ni. Anak nur, mardhiyah nama dia. Sekaramg dah 1y7m. Masih lagi blm boleh bercakap. Harap sangat 1 hari nanti dia boleh cakap. Wlupun cuba utk tak bandingkan anak sendiri dgn anak org lain, tapi bila tengok anak orang lain dah boleh cakap mcm2, mula rasa stress dan akhirnya sedih sendiri :(

Dd said...

Sama.. Ank sy skrng 1thn 6 bulan.. Belum boleh ckp lg.. Sebut 'nak' pn xde lg.. Klu ada pn 1-3 perkataan je.. Tu pun sekali sebut xde dh.. Bnyk babbling dlm bahasa dia je

Unknown said...

Anak saya pun dah 2 years 2 mths...saya terlalu risau...apa petuanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign