03 September 2017

GASTRIK Memang MENYAKITKAN !

Assalamualaikum semua! 
Selamat Sejahtera..

Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan hari ini untuk menulis entry baru di pagi yg nyaman selepas menyambut hari raya Aidiladha.. 

Cuaca agak mendung diluar so anak2 masih tidur..ada lah sedikit ruang unt Cik Ra menulis. 

Unt post kali ni Cik Ra nak berkongsi sedikit pengalaman Cik Ra apabila diserang GASTRIK pertama kali selepas bersalin anak yg pertama. Sebelum ini memang tak pernah ada sejarah GASTRIK lagi walaupun keturunan GASTRIK ni memang ada. Arwah Mak & abah Cik Ra memang ada GASTRIK. Adik beradik semuanya ada GASTRIK! haha memang keluarga GASTRIK ni. 




Bagi orang yg mempunyai penyakit GASTRIK ini rasanya pasti akan tahu betapa sakitnya bila ia menyerang. Pernah Cik Ra terfikir rasanye lebih baik sakit bersalin drpd GASTRIK! haha sebab GASTRIK CIK RA agak kronik.

Jika diserang GASTRIK Cik Ra perlu sentiasa membongkok untuk mengurangkan kesakitan. Selain kerap muntah, pedih ulu hati & cirit birit Cik Ra juga akan hilang selera makan. Langsung tak boleh nak buat kerja lain. Asyik berulang ke toilet & mengerang kesakitan je!  Tidur apatah lg.. Memang langsung tak boleh tidur. Sgt mengerikan la kalau GASTRIK ni menyerang! 

Dulu pernah Cik Ra diserang Gastrik sehingga perlu pergi ke hosp untuk dapatkan injection tp masih jugak tak berhasil. Hampir 2 hari Cik Ra merana. Selepas itu suami bawa Cik Ra berjumpa seorang doktor di Bidor, Perak (Klinik Lim) & alhamdulillah baru berjaya. Tapi rasanya dos injection tu mmg kuat la.. Selepas injection tu kepala akan sgt pening & rasa nak muntah sgt. Alhamdulillah selepas beberapa jam sakit GASTRIK akan mula berkurang.

Sebelum berjumpa dgn doktor di KLINIK LIM tu bermacam-macam cara & iktiar la Cik Ra, suami & abah Cik Ra bantu. Suami pernah rebus pucuk betik yg rasanya Allahu pahitnye unt Cik Ra makan ketika GASTRIK. Makan oat & bubur nasi sahaja juga minum GAVISCON & Ubat Kapur berbotol-botol! Terpaksa jolok tekak unt muntah & sapu minyak panas2 kat perut. Tapi semuanya tak berhasil. Memang sgt2 stress sampai mlm2 Cik Ra menangis sebab tak tahan menanggung sakitnye. Haha

Selepas diserang GASTRIK suami Cik Ra akan selalu kawal masa makan Cik Ra. Bermulalah fasa berpantang semula! NO more makanan pedas & keras or liat! Haha husband will being so strict this time. Tp tu sume unt kepentingan Cik Ra jugak. Alhamdulillah dia sgt membantu jika Cik Ra jatuh sakit. Dia akan ambil alih semua hal rumahtangga dari jaga anak sampila ke basuh baju semuanya. Terima kasih bang! :)

Ni Cik Ra nak kongsikan sedikit TIPS yg Cik Ra sendiri amalkan untuk mengelakkan drpd GASTRIK menyerang kembali : 


1) MINUM SUSU PENUH KRIM (FULL CREAM) 

Selepas byk mengkaji pasal GASTRIK ni suami Cik Ra suggest Cik Ra perlu minum susu FULL CREAM any kind of brand boleh. Tapi biasanya suami akan belikan susu FULL CREAM Fernleaf.  YES Cik Ra rasa GASTRIK Cik Ra sgt berkurangan selepas Cik Ra amalkan minum susu ni. Jika terkena serangan GATRIK pun tak lah seteruk macam sebelum ni. Selalunya Cik Ra minum susu 2 kali sehari (Pagi + malam)

2) JAGA WAKTU MAKAN 

Bagi pesakit GASTRIK, waktu makan adalah sangat penting. Seboleh-bolehnya makan setiap 2 jam. Jgn biar perut anda kosong sampai kadang2 tu berbunyi2 atau terasa pedih.

3) ELAK makan makanan yg PEDAS

Elakkan makan makanan yg PEDAS terutamanya yg mengandungi CILI PADI. Jika terasa seperti perut anda kosong, jangan sesekali makan makanan yg PEDAS! Sekurang-kurangnya pastikan anda lapik perut anda dulu dgn susu atau makanan yg tidak pedas dahulu. 

4) ELAK makan makanan yg BERANGIN

Orang Melayu ni memang byk pantang dari segi makanan terutamanya makanan yg berangin. YES Cik Ra memang percaya. Sebab jika Cik Ra tersilap makan, pasti Cik Ra akan diserang GASRTRIK.

Contoh makanan berangin yg selalu Cik Ra akan kawal jika nak makan adalah seperti buah nangka, labu & pulut. 

Bole nak makan tapi beringat la..hahaha sebab takut sgt diserang GASTRIK lagi. Tapi bila makanan tu sedap memang kadang2 tu terlajak jugak! haha

5) Amalkan makan HALIA

Walaupun Cik Ra jarang jugak amalkan makan halia ni tapi kalau ada halia dalam masakan Cik Ra akan makan sedikit halia bagi membuang angin dalam badan. Juga boleh amalkan petua2 yg lain yg membantu membuang angin dalam badan ni. Inshaallah kita berusaha shaja.

6) ELAK minum minuman KAFEIN & berkarbonat ketika perut kosong

Bagi pesakit GASTRIK perlu dielakkan juga minum minuman ber KAFEIN & BERKARBONAT ketika perut kita kosong. Cik Ra memang paling cepat akan diserang GASTRIK jika minum kopi atau nescafe dipagi hari ketika perut kosong.


Ok ini sahajalah perkongsian Cik Ra buat kali ni. Diharapkan dapat membantu serba sedikit bagi pesakit2 GASTRIK ye..Jika anda mempunyai sebarang perkongsian mengenai GASTRIK ni silalah share sekali ye..Jumpa lagi dilain siaran.

Assalamualaikum..





4 comments:

Jaja Zaleha said...

Semua tips Cik Ra nie betul sangat! Bab makanan berangin tu..orang yang tak gastrik tapi takleh tahan pun, kena berpantang juga nampaknya.. 😅

Jaja Pengedar Shaklee said...

Hai Cik Ra, terima kasih atas perkongsian tips nya ya. Semoga Cik Ra terus kekal sihat hendaknya.

Di Shaklee pun, kami ada jual produk untuk bantu masalah gastrik tau. Alhamdulillah ramai dan mencuba. Beli sebalang dan gastrik dah ok pun. Syukur sangat!

Unknown said...

Salam cik ra...tqvm sbb brkongsi pengalaman gastrik...cuma nk tau lh cik ra...ubat apa yg cik ra mkn ye?nk tau mne tau bleh try ubat tu...sbb saya pn ada gastrik yg trok...shingga xde selera nk mkn...harap sgt cik ra dpt brkongsi pngalaman utk mnyembuhkn gastrik tu..tq cik ra

Unknown said...

Saya baru kena gastrik..tq for sharing..saya tengah membaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign