12 October 2017

Resepi Kek Buah Kukus Sedap

Assalamualaikum semua!

Sejak beberapa hari ni asyik teringat kan kek buah yg pernah Cik Ra buat lama dulu..haha bertahun jugak la tak buat kek buah ni.

Memandangkan bapak Cik Ra suka jugak kek buah ni so Cik Ra gagahkan kan buat jugak la. Bapak Cik Ra ni suka nak kudap2 makan masa menonton TV..So seronok kan hati dia sikit la..kikiki

Macam biasa yg banyak membantu Cik Ra untuk projek kek buah ni adalah MR Google. hahaha..dulu Cik Ra gunakan khidmat resepi daripada blogger terkenal Azie Kitchen..Memang selalu gunakan resepi dr blog Azie Kitchen sbb kebanyakkan resepi yg Cik Ra follow alhamdulillah menjadi..Terima Kasih ye puan Azie..

Kalau ada yg nak jenguk2 resepi Kek Buah Kukus bole la klik sni ye RESEPI KEK BUAH KUKUS SEDAP

Kali ni Cik Ra buat separuh adunan saje memandangkan butter cume ade sedikit di rumah..Cik Ra ubah sikit2 je dari resepi asal ikut selera tekak Cik Ra.

 Sebelum dikukus

 Hasilnya...

RESEPI KEK BUAH KUKUS

250g butter
2 cawan gula (kalau nak kurangkan pun bole)
1/2 cawan air sejuk
1 sudu kecil esen vanila
200g buah campur
3 biji telur gred B
1/2 cawan minyak jagung

Bahan ayak
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu cream of tartar

CARA-CARA

1) Masuk kan gula ke dalam kuali. Jadikan gula hangus. Kemudian masukkan air sejuk apabila gula telah menjadi gula hangus. Gunakan api kecil. Berhati2 ketika masukkan air sejuk itu kerana gula akan meletup2 :)

2) Masukkan butter & biarkan mencair.

3) Masukkan buah campur & kacau sebati. Ketepikan sehingga sejuk (Cik Ra tak dan nak tunggu betul2 sejuk dah sebab nak cepat) hehe

4) Masukkan bahan ayak ke dalam bancuhan gula tadi. Gaul rata.

5) Pukul telur dengan whisk sehingga telur kembang

6) Masukkan telur ke dalam bancuhan tadi.

7) Masukkan minyak & esen vanila

8) Kukus dengan menggunakan api sederhana selama 2 jam. Boleh la dihidang bersama teh panas..wow memang best! Jika mahukan kek buah yg lebih tahan lama & kering boleh la dikukus lama sehingga 3-4 jam.

Cik Ra paling suke kek yg dikukus sebab jarang tak jadi kalau dimasak..hehehe dan paling best adalah mudah & tak renyah. Maaf la ye..Cik Ra tak letak topping ape2 pun sebab bapak Cik Ra lebih gemarkan yg kosong sahaja..

Selamat Mencuba!












8 comments:

Anum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa

sweetie said...

Menarik jugak tengok resipi ni Fara... boleh saya cuba nanti. Saya ni mmg suka mencuba resipi kek-kek.

Faranina said...

hehe alhamdulillah..boleh la cube ye :)

Madam N said...

Rajinnya

ASTraveller said...

Salam singgah dan follow :)

aswaleyla said...

kita masukkan akak dalam bloglist. kita. jom la exchange bloglist :)

Azhafizah MN said...

Sedapnya kek buah

Unknown said...

Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign