Assalamualaikum anak2 ibu.
Ketika ibu menulis entry ini..ibu berusia 29 tahun. Oktober 2018. Anak2 ibu Aisyah Safiya 4 thn & Muhammad Hariz 2 thn. Abah pula berusia 37 thn.
Beberapa hari ni ibu sering terfikir apa akan berlaku 20 thn akan datang? Apa yg akan ibu lalui akan datang? Yes perkara ini memang menakutkan ibu.
Kini kehidupan ibu cukup sempurna. Walaupun dulu ibu pernah menyesal meninggalkan alam pekerjaan ibu kerana akur dgn pujukan abah supaya ibu sentiasa bersamanya membesarkan anak2 tetapi kini ibu rasa inilah keputusan terbaik yg pernah ibu lakukan.
Ibu dapat melihat sendiri anak2 ibu membesar dengan sempurna dgn didikan ibu & abah sendiri. Ibu dapat berikan sepenuh kasih sayang ibu pada anak2 ibu walaupun kadang2 ibu seperti "Harimau Jadian". Bukan kerana benci tetapi sayang yg tidak bertepi membuatkan ibu cukup menjaga anak2 ibu.
Anak2 ibu..
Ketika ini kehidupan kita cukup sempurna. Walaupun kita bukanlah hidup dalam landasan kemewahan tetapi cukup serba serbi. Abah akan sentiasa mengutamakan keperluan kita anak beranak walaupun kadang2 abah sendiri cukup susah membeli keperluan & kehendaknya sendiri.
Abah seorang yg cukup sabar. Sabar dlm setiap aspek termasuk ketika anak2 ibu "buat perangai". Abah seorang yg cukup teliti dlm menjaga anak2. Sentiasa mengutamakan kebersihan & kesihatan kita sekeluarga. Abah sangat penyayang. Hargailah abah jika nanti abah sudah tua. Sudah tidak mampu lg untuk menguruskan dirinya sendiri. Sayangilah abah seperti mana abah kasihi kamu semua.
Anak2 ibu..
Mungkin sekiranya kamu rasa kekurangan dlm didikan & kasih sayang ibu & abah sepanjang kami membesarkan kamu..ibu minta ampun & maaf. Kami sedaya upaya berusaha unt memenuhi setiap keperluan kamu semua tetapi pasti masih akan ada kekurangannya.
Ketika usia kakak 4 thn & hariz 2 thn ini..hari2 ibu cukup meriah. Walaupun kadang2 kakak & hariz bergaduh & menangis tetapi ibu tahu ini lah keseronokan ibu. Ini lah kebahagiaan ibu. Kakak & hariz akan peluk ibu jika ibu minta dipeluk. Akan cium pipi ibu & akan sentiasa perlukan ibu. Tiada istilah sunyi dlm kamus ibu kini.
Tetapi..
Ibu tahu suatu hari nanti ibu akan kehilangan semua ini apabila anak2 ibu telah meningkat dewasa. Cuma ibu sgt berharap agar anak2 ibu akan sentiasa menyayangi ibu & abah..akan sentiasa hormat & jaga kami sehingga akhir hayat kami..
Ibu sgt risau akan setiap perkara yg akan mengguriskan hati ibu suatu masa nanti. Mungkin nanti kamu akan cepat memberontak jika kehendak kamu tidak kami tunaikan atau mungkin kamu akan lebih memilih kawan2 kamu berbanding kami. Akan tetapi ibu akan cuba sedaya upaya unt sentiasa bersabar & terus menyayangi kamu semua. Seperti ibu2 lain diluar sana, ibu sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan anak2 ibu didunia juga akhirat. Sentiasalah menjaga hubungan anak2 dengan Allah & juga sesama manusia kerana nescaya Allah akan menjaga & melindungi kamu semua. Jagalah maruah diri kamu & juga keluarga.
Ibu sayang kamu semua. Ibu akan sentiasa rindukan saat kamu semua dilahirkan..saat kamu membesar, bermain, ketawa, menangis juga jatuh bangun kamu semua. Ibu akan sentiasa rindukan waktu kecil kamu yg sentiasa dahagakan perhatian ibu.
Semoga kita sekeluarga sentiasa didalam lindungan Allah Taala..ibu sayang semua..
Wassalam.
Ibu
8 Oct 2018
1 comment:
Post a Comment