27 July 2015

Pengalaman Keguguran, S&C or D&C dan Berpantang-Part 2

Apakah itu D&C

D&C (Dilation & Curettage)
Prosedur pembedahan yang dilakukan selepas keguguran trimester pertama. Dilation membawa maksud pembukaan serviks manakala curettage adalah membuang kandungan rahim.
Curettage boleh dilakukan dengan mengikis dinding rahim dengan alat curette atau melalui alat sedutan curettage (vakum)

 D&C akan mengosongkan semula rahim dan menggalakan penghasilan semula lapisan dalam rahim (endometrium). Ini membolehkan ovum disenyawakan di"tanam" di dalam endometrium kelak.

Tujuan utama D&C selepas keguguran adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman atau pendarahan.

I experienced mnjalani D&C ni ketika kguguran beberapa bln yg lps..
Memilih hospital kerajaan unt menjalani prosedur ini adalah yg terbaik..bkn memilih kos yg rendah tetapi ternyata Hosp teluk intan yg sy pilih lebih teliti & cekap. Doktor jga terlatih & juga lebih mengambil berat akan pesakit..so mkin confident la nk berdepan dgn proses ni..

Alhamdulillah sy memilih unt di bius separuh badan iaitu drpd pinggang hingga bwh..dan pembedahan ini bjalan dgn lancar..cme mengambil masa 20 minit di dlm bilik pembedahan & alhamdulillah juga sy tidak rsa sakit..sokongan drpd nurse & doktor jga amat baik terutama skali ketika sy di bius..slps berakhirnya pembedahan sy tidal dibenarkan bangun sehingga 6 jam berikutnya..bhgn abdomen mmg langsung x rasa apa2..slps 4 jam bru la bole angkat sikit kaki..for me ni la pgalaman baru yg akan sy kenang smpi bila2 & sy bdoa agar pgalaman ini tidak akan berulang lg..

Sy dinasihatkn supaya tidak mengandung lg shingga 6 bln slps D&C supaya rahim betul2 kuat & bersedia unt mengandung lg..

Unt maklumat lbh lanjut bole la Google any other blog yg share mengenai prosedur ini..sy jga sblm mnjalani D&C ini byk mencari maklumat supaya kte bsedia mental Dan fizikal..semangat dr ahli keluarga jga Sgt penting sebelum & selepas menjalani D&C..

Thanks to my family especially husband, my family & family in law yg byk support..nk share ckit photos mse admited ward..
Jumpe lg di next entry..salam..


Start berpuase & kene masuk air sebelum D&C


Buku2 ni la peneman semasa di wad..lama dh tggl bc buku since sibuk ada anak..ehheheh khatam la jgak buku2 spanjang dlm wad..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign