Assalamualaikum..
Lama betul rasanya saya tinggalkan dunia blog ni..beberapa bulan sibuk membantu bapak saya menguruskn datuk yg sakit.
Setelah sebulan lebih datuk or lebih selesa kami adik beradik panggil datuk kami dengan panggilan "Anong" sakit & masuk wad & kembali ke rumah akhirnya Anong menghembuskan nafas yg terakhir pada 4 February 2016 bersamaan hari khamis jam 7.10 PM..
6 tahun lamanya Allah menduga Anong dengan kesihatan yg tidak baik..Anong mula tidak boleh berjalan pada tahun 2010 ketika kami diduga dengan kehilangan ibu tersayang. Selepas menjalani pembedahan jantung Anong terus tidak mampu unt berjalan lagi.. Dugaan bertimpa lagi selepas arwah nenek (Tok bibi - isteri Anong) juga tidak boleh berjalan akibat stroke. Tok Bibi telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 28 Ogos 2014 yg lalu.
Kehilangan Anong amat kami rasai kerana beliau seorang yg amat berjasa dlm membesarkn kami adik beradik. Anong seorang yg penyabar. Jarang sekali dapat lihat Anong marah atau tinggikan suara pada sesiapa. Anong atau nama sebenar beliau adalah Haji Nor bin Haji Salleh adalah seorang ustaz yg pada mulanya mengajar ilmu agama di sekolah Pondok & juga ke surau2 & masjid2 mengikut permintaan.
Teringat dulu seringkali temankan Anong & juga Tok Bibi yg juga seorang uztazah mengajar ke surau2 & masjid2.. Anong seorang ustaz yg agak lucu orangnya. Orang akan terhibur mendengar tazkirahnya.
Setelah Anong menjalani pembedahan jantung & tidak lagi mampu berjalan dia hanya duduk di dalam bilik. Setiap hari Anong akan sedekahkan tahlil buat arwah mak, ibunya & semua ahli keluarganya. Rutin hariannya sama setiap hari..Kesian tgk Anong yg hidupnya makin sunyi setelah pemergian Tok Bibi..
Anong jarang sakit. Cuma kadang2 demam seperti orang lain. Tetapi sejak bulan November 2015, kesihatan Anong agak terganggu. Dia sering tidak boleh tidur malam & mengadu sesak nafas juga sakit belakang. Kalau kami adik beradik pulang ke rumah abah dia akan minta kami mengurut belakang atau kakinya. Kesian Anong.. Selera makan juga dah sangat berkurangan. Jika makan dia akan muntah kembali..
Sehingga hari Khamis (3 febuari 2016) abah call & menyuruh saya balik dengan segera kerana keadaan Anong yg telah tenat. Allahuakbar macam nak tercabut jantung bila dapat panggilan seperti itu. Sampi di rumah abah, Anong nampak sangat tenat. Mengikut kata abah, sejak pagi dia sangat lemah & abah pun dh tak mampu nak mandikan dia kerana keadaanya sangat lemah.
Tak lama selepas saya sampai, Anong muntah darah. Banyak sekali. Tak sampai hati tengok keadaan Anong macam tu. Kemudian badan Anong sejuk. Kaki tangan perut semuanya sejuk..Anong sudah tidak macam dulu yg banyak bercakap.. Dia diam sahaja barangkali menahan kesakitan. Anong mintak carikan Ais Cendol sebab dia teringin sangat. Kebetulan masa tu baru jam 9 pagi & masih belum ada kedai yg bukak yg menjual cendol. Tetapi akhirnya saya dapat juga beli & kakak saya terus beri padanya..Sedikit sahaja ais cendol yg masuk ke dalam mulutnya dia muntah kembali. Allahuakbar..perit sekali melihat keadaannya.
Sehingga jam 3 petang Anong kembali ok & bole minum cendol dengan banyak. Masih boleh mintak saya carikan pencukur; dia mahu cukur janggut katanya. Anong seorang yg pembersih. Dia akan pastikan badannya bersih sentiasa.
Seakan tahu dia akan menghadap Ilahi pada hari ini, Anong menyuruh kami jangan berhenti membacakan Yasin untuknya. Dia juga ada beritahu.."Saya nak mati ni".. Allah luluh hati dengar ayat ini keluar dr mulut anong.. Dia ada tanya dengan kakak saya.."Hari ini hari ape?" Kakak saya jawab "Hari Khamis Nong". Dia cakap " Malam Jumaat ya?, Doakan saya ya" Allah..
Sebelum Anong nazak, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada abah & kami adik beradik yg dah jaga dia selama 6 tahun ni..Allahuakbar..mulianya hati Anong..
Masuk Asar, Anong semakin tenat. Dia muntah & tidak lagi mampu bercakap. Abang, abah & adik lelaki saya tidak henti2 sebutkan Allah Allah pada telinga Anong.. Tidak dapat saya bayangkan masa ini..Kesedihan memuncak apabila Anong menghembuskan nafas yg terakhir pada jam 7.10 petang... Semoga Anong tenang di sana..Kami akan sentiasa merindui Anong..Kami akan simpan semua kenangan bersama Anong & Semoga Allah tempatkan Anong dikalangan orang2 yg beriman & menjanjikan Syurga buat Anong..
Al Fatihah..
Haji Nor bin Haji Salleh
04 September 1925 - 4 February 2016
masjid2..