07 August 2020

Pengalaman Bersalin Anak Ke 3

Assalamualaikum semua 😊
Allahuakbar.. Segala puji bagi Allah 

Sesekali menjenguk blog ni setelah hampir setahun menghilang.. Ternyata terlalu byk perkara yg terlepas untuk mengemaskini blog ini. Lembaran 2019 dibuka dengan seribu kemanisan apabila saya positif mengandung anak ke 4.. Kandungan ke 4 setelah kandungan ke 2 mengalami keguguran dan bersalin anak ke 3 pada tahun 2016. Sungguh cepat rasanya masa berlalu. Diusia saya 30 tahun Allah telah kurniakan saya dengan 3 org zuriat yg bagi saya seperti keajaiban & kebahagian mutlak saya & suami.. 

Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bersalin anak ketiga saya baru² ini.

Benar kata orang setiap anak punya pengalaman & perasaan yg berbeza. Alhamdulillah unt kandungan kali ini Allah mudahkan semua urusan saya dari awal mengandung sehingga ke bersalin.

Trimester pertama:
Untuk semua kehamilan saya, pasti saya akan mengalami alahan. Walaupun tidak seteruk orang lain tapi bagi saya agak mencabar nak harunginya untuk tempoh 6-7 bulan. Saya alah pada bau masakan terutama dikedai makan. Masak sendiri juga sama. Jika terbau pasti mahu termuntah. Alahan ini sehingga kandungan saya mencecah 7 bulan juga. Lama juga suami tak benarkan saya masak & hanya tapau. Waktu tu jadua makan anak-anak & suami semestinya terganggu kerana 'dapur off'..hehe

Trimester Kedua :
Untuk trimester kedua saya tidak mengalami sebarang masalah. HB juga elok bacaan hanya kadang-kadang turun sedikit. Saya juga tidak perlu minum air gula mungkin kerana saya tidak mempunyai latar belakang kencing manis. Alhamdulillah 

Trimester Ketiga :
Pengalaman kali ke4 mengandung banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam semua aspek terutamanya dalam menjaga pemakanan & kesihatan diri & bayi. Suami sememangnya insan yang paling banyak membantu sepanjang tempoh kehamilan ini kerana dia akan menyediakan makanan2 yg sihat & juga pastikan saya cukup rehat. Jika dia tidak bekerja dia akan ambil alih menjaga 2 orang lagi anak & juga kerja2 rumah. Dari membasuh kain sehingga melipat kain dia akan uruskan. Cuma memasak sahaje dia tidak berapa pandai tetapi urusan lain semuanya A :)

Proses Bersalin
Saat menunggu kelahiran adalah moment yang sangat indah walauoun bermacam2 dugaan seperti tidak boleh tidur, sakit belakang, sakit dibahagian ari-ari & juga saya diserang sakit telinga diminggu terakhir kelahiran. Hampir 2 minggu sebelum bersalin juga saya terpaksa mengharungi BRIXTON HICKS sehingga saya ke hospital kerana beranggapan saya sudah mahu bersalin. Rupanya masih belum lagi. Nurse menyuruh syaa pulang & menunggu sehingga betul2 sakit & kekerapan sakit mencapai 10 minit sekali. 

Malam 21 September 2019 jam 11 malam saya mula rasa sakit sedikit2 tetapi masih boleh tidur. Jam 1pg saya terase perut mengeras dengan sangat kuat sehingga memaksa saya unt mengejut suami saya. Kelam kabut jugak moment masa itu. Tetapi jika diingat kembali lucu pun ada. Suami seorang yg agak 'COOL' tetapi pada masa itu nampak dia juga agak kelam kabut. 

Tiba di wad bersalin Hospital Tapah, CTG dilakukan untuk merekod pergerakan baby & jika sudah ada contraction. Tetapi ketika jam 1.40 pg masih belum ada contraction jadi nurse menyuruh saya baring & rehat. 

Tetapi sakit semakin kuat & sememangnye sepanjang malam tak dapat tidur & menahan sakit. Duduk tak bole, baring tak boleh serba serbi tak kena. Entah berapa kali ulang alik ke bilik air..Memang terasa malam itu sangatlah panjang. 

Jam 7 pg nurse datang untuk cek perut & waktu itu sakitnya hanya tuhan yg tahu. Saya teus disuruh kebilik rawatan untuk cek bukaan & selepas itu nurse terus menolak saya ke ruang bersalin kerana sudah cukup bukaan. Alhamdulillah 

Saya bersyukur kerana suami dapat bersama-sama menemani saya di labor room. Dialah penguat semangat saya ketika itu. Nurse2 juga memainkan peranan yg sangat baik & banyak membantu sepanjang proses bersalin. 

Alhamdulillah ssaya selamat bersalin jam 845am; bayi lelaki seberat 2.9kg. Alhamdulillah. Cukup 7 hari kami memilih nama bayi kami dengan panggilan Muhammad Faheem. 

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya sepanjang saya bersalin & berpantang terutamanya suami, ibu & ayah mertua & bapa saya & seluruh keluarga saya & keluarga mertua. 

Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi di entry yg lain. 


Muhammad Faheem 1st day











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign